Assalamualaikum. Selamat Datang. Follow Blog Saya Ya. Jangan Lupa Komen. =)

Tuesday, March 22, 2011

Mengelak Dari Berlaku Masalah Kewangan

Berdasarkan satu soalan poll yang saya buat di says.my seperti di screenshot di bawah, ramai yang mengaggap pengurusan kewangan itu sesuatu yang penting tetapi tidak ramai yang benar-benar tahu menguruskan kewangan dengan betul.




Maaf. Carta pai tidak bewarna. Lihat pada jadual.
  
















Menurut satu lagi dari soalan poll yang saya buat seperti dibawah, saya dapati ramai orang mengalami masalah kewangan adalah disebabkan gaya hidup yang berbelanja besar dan tidak tahu menguruskan wang dengan betul.





Maaf. Carta pai tidak lengkap bewarna. Lihat pada jadual.
  
















Dari dua poll yang telah buat ini, jelas kebanyankan orang amat pentingkan pengurusan kewangan tetapi kurang pengetahuan tentangnya.


Bagi mengelakkan daripada berlaku masalah kewangan, pertama, anda harus mengubah sikap anda. Berbelanja besar adalah satu sifat yang keji. Ia bukan sahaja menyebabkan pembaziran wang malah menyebabkan hutang yang banyak pada hari kemudian. Kad kredit bukan untuk menambahkan hutang anda, ianya untuk kemudahan membuat pembayaran. Bijaklah berbelanja.

Tidak tahu menguruskan wang adalah perkara biasa bagi setiap orang. Di sekolah anda tidak belajar tentang ini. Belilah buku, pergi seminar dan dapatkanlah bantuan dari sesiapa yang mahir. Jangan jadi penakut dan ego. Bak kata hikmat "selalunya orang yang berjaya adalah orang yang berani bukannya orang yang pandai".

Sunday, March 13, 2011

Pendidikan dan Pengurusan Kewangan.

  Sekalipun anda memiliki PhD, belum tentu anda mahir tentang pengurusan kewangan. Di sekolah guru hanya mengajar murid untuk menjadi seorang yang bijak dalam pendidikan dan mahir dalam sesuatu profesion. Kita tidak belajar apa-apa pun tentang wang setelah bertahun-tahun menuntut ilmu. Inilah puncanya anda lihat orang yang berpendapatan besar mengalami masalah kewangan sangat teruk.
Oleh itu, tamatnya pendidikan tak bererti tamatnya waktu belajar. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Anda perlu belajar pengurusan kewangan secepatnya.
Mulakan langkah!
-Beli buku yang berkaitan cara pengurusan kewangan atau berkaitan. Saya rekomenkan buku Rich Dad Poor Dad. Ia bukanlah tentang cara pengurusan kewangan tetapi anda patut membacanya. Buku itu berharga RM35.00 tetapi nilainya ialah berjuta.
-Jika anda kenali rakan yang bijak mengurus kewangannya, mintalah bantuannya.
-Dapatkan bantuan dari agensi-agensi tertentu. Seperti AKPK atau sebagainya.

Saturday, March 12, 2011

Panduan Celik Wang

Ada pepatah lama menyebut, "Pekerjaan(JOB) ialah akronim bagi 'Sekadar Tidak Muflis'(Just Over Broke)." Hakikatnya, ia sangat benar. Oleh itu, anda perlu mahir dalam kewangan. Sekali lagi, kebijaksanaan kewanganlah yang menyelesaikan masalah anda. Saya ada sediakan panduan ringkas untuk menjadi seorang celik wang.


5 Buku Yang Anda Mesti Baca

1.    Rich Dad Poor Dad. Saya amat menyukai buku ini. Pengarang buku ini telah membuka mata saya terhadap masyarakat kini. Pengarang amat tekankan agar masyarakat sedar perbezaan antara liabiliti dan aset. Buku ini mesti dibaca oleh sesiapa yang ingin mengubah sikap mereka tentang wang. 







2.    Think and Grow Rich
Buku ini amat menarik. Judulnya 'Berfikir dan Jadi Kaya'. Jelas sekali, akallah yang menjadi peranan utama untuk menjadi seorang celik wang. Pengarang amat tekankan tentang keinginan. Untuk berjaya anda wajib mempunyai keinginan.


3.    The Millionaire Next Door
Buku ini merupakan bahan bacaan bermaklumat dan menyenangkan. Pengarang buku, William Danko dan Thomas Stanley, menekankan prinsip membina keuntungan sebelum berfikir untuk menikmatinya. Pengarang menyatakan punca utama orang pendapatan tinggi tidak kaya kerana mereka bekerja keras untuk pendapatan tinggi tetapi tidak bekerja keras untuk memantapkan kemahiran kewangan mereka.





4.     One Up On Wall Street
Buku ini menghuraikan falsafah diikuti oleh Peter Lynch dalam semua pelaburan dan pendekatan praktikal untuk pelaburan. Saya syorkan buku ini kepada anda yang meminati pelaburan. Buku ini mendedahkan bagaimana membuat pelaburan dengan betul. Jika anda membuat pelaburan kemudian berserah pada nasib, ia bukan lagi satu perlaburan tetapi perjudian.Walaupun penting untuk melabur awal, juga penting untuk melabur secara bijaksana.





5.      The Richest Man In Babylon.
Buku ini mempunyai sedikit persamaan seperti Rich Dad Poor Dad. Buku ini mungkin terlalu sederhana bagi yang mahir prinsip-prinsip kewangan. Bagi sebahagian besar pembaca, perumpamaan memberikan perspektif baru terhadap kewangan, dan akan membantu menanamkan cara pengurusan kewangan yang baik.

Monday, February 14, 2011

Tentang Wang

Anda tidak perlukan taraf pelajaran yang tinggi untuk mahir kewangan. Bill Gates yang keciciran dalam pelajaran menjadi orang yang terkaya di dunia sebelum berumur 30 tahun. Terdapat beberapa cara ringkas disediakan.


Mengatasi masalah takut. Kebanyakan orang apabila berfikir tentang wang mereka akan sentiasa memilih jalan yang selamat dan elakkan risiko. Ini tidak pintar dari segi kewangan. Mereka yang berjaya pasti melalui kegagalan dahulu. Saya pernah mendapat D dalam subjek Matematik dan kerap mendapat C ketika tingkatan 1 dan 2. Tahun lepas,saya mendapat A bagi keputusan Matematik dalam PMR. Ini bermakna setiap kejayaan itu pasti didahului kegagalan. Tiada siapa mahu kehilangan wang. Cuba belajar dari kesilapan. Jika anda takut menghadapi kegagalan,tiada kejayaan menemui anda. Jika anda takut kehilangan wang,tiada wang menemui anda.