Assalamualaikum. Selamat Datang. Follow Blog Saya Ya. Jangan Lupa Komen. =)

Monday, February 14, 2011

Tentang Wang

Anda tidak perlukan taraf pelajaran yang tinggi untuk mahir kewangan. Bill Gates yang keciciran dalam pelajaran menjadi orang yang terkaya di dunia sebelum berumur 30 tahun. Terdapat beberapa cara ringkas disediakan.


Mengatasi masalah takut. Kebanyakan orang apabila berfikir tentang wang mereka akan sentiasa memilih jalan yang selamat dan elakkan risiko. Ini tidak pintar dari segi kewangan. Mereka yang berjaya pasti melalui kegagalan dahulu. Saya pernah mendapat D dalam subjek Matematik dan kerap mendapat C ketika tingkatan 1 dan 2. Tahun lepas,saya mendapat A bagi keputusan Matematik dalam PMR. Ini bermakna setiap kejayaan itu pasti didahului kegagalan. Tiada siapa mahu kehilangan wang. Cuba belajar dari kesilapan. Jika anda takut menghadapi kegagalan,tiada kejayaan menemui anda. Jika anda takut kehilangan wang,tiada wang menemui anda.



Terlalu sukar untuk memahami
dan menguasai urusan kewangan.
Seperti cabaran-cabaran lain dalam kehidupan, ilmu
pengetahuan amat diperlukan untuk mahir dalam
urusan kewangan. Untuk menguasai ilmu dan
kemahiran pengurusan kewangan tidak sukar dan tidak
memerlukan belanja yang besar untuk menguasainya.
Banyakkan membaca dan menimba ilmu. Bahkan kini,
sudah banyak buku mengenai pengurusan kewangan
yang lebih mudah difahami di pasaran. Langkah
pertama yang boleh diambil ialah mempelajari asas-asas
mengenai kewangan dan mengetahui langkah-langkah
praktikal yang perlu diambil untuk
menyelesaikan masalah kewangan dalam hidup anda.
Jangan gopoh dan terlalu tertekan sewaktu
menguruskan masalah kewangan anda. Untuk berjaya,
kita perlu menerokai keperluan dan nilai dalam diri kita
dengan penuh kesabaran. Selain itu, jangan takut atau
malu untuk mendapatkan bimbingan daripada mereka
yang lebih berpengalaman.


Perancangan kewangan dan
pelaburan perlu diserahkan kepada
mereka yang lebih pakar. Apa-apa pun anda mestilah bermula dari awal dan perlu mempunyai pelan pesaraan,malah anda perlu mengupah perancang kewangan yang boleh dipercayai untuk membimbing anda sebelum membuat apa-apa pelaburan. Segala urusan kewangan adalah tanggungjawab kita
sendiri. Corak perbelanjaan, merancang bajet,
kemahuan untuk merancang, menyimpan ataupun
melabur untuk masa hadapan adalah bergantung
kepada diri kita sendiri untuk menguruskannya. Dalam
perancangan kewangan anda, tetapkan matlamat yang
sesuai dan bersikap realistik terhadap jangkaan anda.
Penasihat kewangan berperanan untuk membantu
mengenal pasti masalah dan matlamat anda supaya
mereka dapat membantu anda merangka pelan bagi
mencapai matlamat tersebut. Mereka membantu anda
memahami risiko yang berkaitan dan menyediakan
khidmat nasihat. Perkara yang perlu anda tahu ialah,
penasihat kewangan anda mesti memberitahu anda
apa yang berlaku kepada wang anda sekiranya anda
membenarkan mereka menguruskannya, berapakah
yuran yang dikenakan dan sama ada mereka menerima
sebarang manfaat daripada cadangan mereka itu.

Barang berkualiti lebih mahal.
Jadilah pengguna yang bijak. Tidak semestinya
barangan dengan harga yang rendah itu tidak berkualiti.
Kualiti dan kos tidak semestinya dihubungkan, tetapi
imej kualiti yang digambarkan melalui pembungkusan
terperinci dan pengiklanan tetap bersangkut-paut
dengan kos. Syarikat pengeluar barang meletakkan
harga yang tinggi pada produk mereka atas beberapa
faktor. Contohnya, kos yang tinggi diperlukan untuk
penjenamaan, pengiklanan dan memartabatkan
barangan mereka. Kesan daripada perbelanjaan
tersebut, harga barangan yang mereka pasarkan akan
lebih tinggi berbanding harga barangan lain. Oleh itu,anda perlu tahu apa yang anda beli.


Kad kredit dan kad debit adalah
kemudahan ketika berbelanja.
Masyarakat perlu memahami bahawa penggunaan kad
kredit dan kad debit hanyalah untuk memberikan
kemudahan kepada anda ketika berurus niaga tanpa
perlu membawa wang tunai kerana ia mungkin boleh
membahayakan keselamatan pemilik. Dengan adanya
kad kredit dan kad debit ini, anda tidak perlu mengambil
risiko mengeluarkan wang tunai dari bank dan tidak
terbeban membawa wang tunai untuk membuat
pembelian atau pembayaran. Sayangnya, ada dalam
kalangan masyarakat hari ini memiliki kad kredit bukan
untuk kemudahan tetapi lebih kepada bermegah-megah. Membelanjakannya dengan bodoh,anda telah memilih untuk menjadi miskin dan berhutang seumur hidup kerana ia akan menjadi tabiat yang sukar diubah. Sekali lagi saya tekankan,anda perlu tahu apa yang anda beli.


Orang yang berjaya adalah
mereka yang memiliki wang yang
banyak. Saya berani mengatakan ia tidak benar. Jika anda lihat pada tahun 1923,sekumpulan pemimpin dan ahli perniagaan terkaya mengadakan satu mesyuarat di hotel Edgewater Beach di Chicago. Antara mereka ialah Charles Schwab,Samuel Insull,Howard Hopson,Ivar Krueger,Leon Frazier,Richard Whitney,Albert Fall,Jesse Livermore dan Arthur Cotton. Mereka semua ini sangat kaya tetapi tidak lama selepas itu,merundumnya pasaran tahun 1929 atau disebeut sebagai Kemelesetan Besar.Kesemua mereka mengakhiri kehidupan dengan cara berbeza.
Charles Schwab-mati dalam kemiskinan
Samuel Insull-mati dalam keadaan muflis di negara asing
Ivar Krueger dan Athur Cotton-juga mati dalam keadaan muflis
Howard Hopson-jadi gila
Richard Whitney dan Albert Fall-baru dibebaskan dari penjara
Leon Frazier dan Jesse Livermore-membunuh diri
Kesemua mereka menerima impak besar akibat kemelesetan ini. Apa yang hendak diperkatakan disini. Bukan wang yang akan menyelesaikan masalah anda tetapi kebijaksanaan anda dalam kewangan. Tanpa kebijaksanaan kewangan,wang anda akan cepat habis.


Saya sarankan kepada anda supaya menerapkan amalan memberi kemudian menerima. Memberi kemudian menerima bukan menerima kemudian memberi. Tetapi,kebanyakan orang akan berkata "jika saya memiliki duit lebih saya akan memberi kepada yang memerlukan". Ini mengingat kepada sebuah kisah tentang seorang lelaki yang duduk mengepit kayu api pada satu malam yang sejuk membeku dan dia menjerit kepada dapur seraya berkata "Bila kamu berikan saya sedikit haba,barulah saya meletakkan kayu dibawah kamu". Ada kalanya apabila kita memberi tiada apa yang kita dapat kembali. Namun, bila difikir secara mendalam, kita memberi dengan mengharapkan balasan, bukannya kerana kita benar-benar ikhlas untuk memberi. Datuk saya seorang pensyarah. Dia seorang guru kepada guru. Apabila difikir kembali, keikhlasan dia untuk mengajarlah yang menjadikan dia semakin bijak.

3 comments:

  1. Saya tidak faham dengan soalan kamu. Jika kamu maksudkan kaitan antara cara menjadi seorang celik wang dengan cerita ini, cerita dalam setiap perenggan ini ialah satu contoh bagi setiap cara ringkas yang ingin saya sediakan. Contohnya, pada perenggan pertama, saya ceritakan pengalaman saya menghadapi kegagalan kemudian mengubahkan satu kegagalan itu menjadi satu kejayaan. Cara ringkasnya ialah jangan takut menghadapi kegagalan.

    ReplyDelete
  2. banyak memberikan informasi menarik...membuatkn minat untuk membacanya...tahniah...teruskan..

    ReplyDelete