Assalamualaikum. Selamat Datang. Follow Blog Saya Ya. Jangan Lupa Komen. =)

Monday, February 14, 2011

Tentang Wang

Anda tidak perlukan taraf pelajaran yang tinggi untuk mahir kewangan. Bill Gates yang keciciran dalam pelajaran menjadi orang yang terkaya di dunia sebelum berumur 30 tahun. Terdapat beberapa cara ringkas disediakan.


Mengatasi masalah takut. Kebanyakan orang apabila berfikir tentang wang mereka akan sentiasa memilih jalan yang selamat dan elakkan risiko. Ini tidak pintar dari segi kewangan. Mereka yang berjaya pasti melalui kegagalan dahulu. Saya pernah mendapat D dalam subjek Matematik dan kerap mendapat C ketika tingkatan 1 dan 2. Tahun lepas,saya mendapat A bagi keputusan Matematik dalam PMR. Ini bermakna setiap kejayaan itu pasti didahului kegagalan. Tiada siapa mahu kehilangan wang. Cuba belajar dari kesilapan. Jika anda takut menghadapi kegagalan,tiada kejayaan menemui anda. Jika anda takut kehilangan wang,tiada wang menemui anda.



Saturday, February 12, 2011

Celik Wang

Ramai masyarakat dunia apabila disebut tentang celik wang mereka akan fikir tentang mendapatkan pendapatan besar,menabung dan berjimat. Bagaimanapun saya memiliki idea yg berbeza. Bagi saya,celik wang tidak bermaksud anda perlu berpendapatan besar dan menabung dan berjimat. Ia tentang pengetahuan anda tentang kewangan. Jika anda tidak mahir tentang kewangan wang anda akan cepat habis. Ini bermaksud sebesar mana sekalipun pendapatan anda,sebesar mana sekalipun anda menabung,wang anda tetap akan cepat habis jika tidak mahir tentang kewangan. Saya berikan contoh ; seorang pemenang loteri memenangi beribu-ribu secara tiba-tiba. Pada keesokannya,dia mula membeli pelbagai kemahuannya seperti kereta,perabot,peti ais dan pelbagai. Akhirnya dia telah buat semakin banyak hutang untuk bayaran bulanan.